Carta harga pasangan mata wang USD/CAD pada Selasa semalam berjaya capai paras tertinggi terbaru 10 minggu, mengekalkan corak pergerakan bullish sejak minggu lalu.
Harga melonjak lebih 100 pips semalam mencapai ketinggian paras 1.35000 sebelum harga berundur semula menuju penutup dagangan sesi New York.
US dolar yang berjaya kukuh di sesi Eropah kemudiannya kembali didagangkan lemah pada sesi berikutnya apabila pasaran memberi reaksi terhadap kenyataan dovish oleh Presiden Federal Reserve (Fed) Philadelphia Patrick Harker yang berpandangan pengetatan dasar bank pusat sudah di penghujung.
Malah beliau mengatakan bahawa berkemungkinan langkah pemotongan kadar faedah bakal bermula pada tahun hadapan.
Sementara itu, dolar Kanada dilihat memiliki kelebihan pada sesi New York semalam apabila mendapat sokongan daripada perkembangan positif pasaran minyak mentah.
Harga minyak catatkan kenaikan didorong oleh unjuran kukuh ekonomi Amerika Syarikat (AS) sebagai negara pengguna terbesar komoditi itu, menjangkakan permintaan yang positif.
Harga pada carta USD/CAD yang menyusut di sesi New York semalam dilihat bergerak mendatar di atas paras 1.34000 di sesi Asia dan pembukaan sesi Eropah hari ini (Rabu).
Masih memberi isyarat untuk pergerakan bullish, harga masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut dan sebarang reaksi akan memberi petunjuk awal untuk pergerakan selanjutnya.
Sekiranya harga melantun kembali, berkemungkinan corak kenaikan semalam akan diteruskan lagi dengan paras rintangan terbaru pada 1.35000 bakal diuji sekali lagi.
Berjaya tembus, harga akan catatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini dengan sasaran menuju pula ke sekitar 1.36500.
Namun, jika harga bergerak turun di bawah paras 1.34000 dan menembusi sokongan MA50, ini akan menjadi amaran awal kepada pelabur untuk bersedia dengan kejatuhan harga lebih rendah.
Harga boleh menjunam mmenguji kembali paras tumpuan sebelum ini pada 1.33000 sebelum menuju zon penting pada dagangan Julai lalu iaitu 1.32000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG