USD/CAD Gagal Langgar Tembok Minggu Lepas, Undur Semula

98

Dolar Kanada dipengaruhi oleh data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada yang diterbitkan pada Rabu semalam selain pelabur turut memantau perkembangan pasaran minyak mentah yang masih suram.

Walaupun ekonomi tidak berkembang pada asas bulanan, namun pertumbuhan tahunan berkembang lebih kukuh di suku pertama pada kadar 3.1% menyusuli penguncupan pada suku terakhir 2022 yang lalu.

Justeru, dolar Kanada tampak kukuh pada pergerakan di sesi New York semalam namun pelabur kekal berwaspada dengan situasi kejatuhan harga minyak ketika ini.

Dapat diperhati pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD semalam, penurunan mula dipaparkan setelah paras rintangan 1.36500 yang diuji gagal ditembusi.

Rintangan tersebut turut diuji pada dagangan penghujung minggu lalu yang kekal menjadi penghalang harga untuk melanjutkan pendakian lebih tinggi.

Selain itu, mata wang US dolar yang dilihat turut bergerak lemah, mendorong penurunan berlaku dengan kebimbangan terhadap jangkaan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang suram bagi bulan Mei.

Pergerakan harga yang berada semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut menjangkakan trend bertukar bearish kembali.

Penurunan lebih rendah akan dijangka menuju ke zon 1.35000 untuk harga menguji zon support itu.

Jika ditembusi, penurunan bakal dilanjutkan menuju sekitar 1.34000 dengan mengekalkan pergerakan bearish dan mencatatkan paras terendah yang baru.

Namun, jika situasi berubah di penghujung minggu ini, kenaikan harga yang berlaku bakal menguji sekali lagi rintangan 1.36500.

Setelah ditembusi, barulah paras ketinggian terbaru 9 minggu akan dicatatkan dengan sasaran menuju ketinggian 1.38000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat