USD/CAD Kekal Bearish, Harga Masuk Ke Zon Penting!

122

Harga minyak mentah dilaporkan kembali memulih sedikit selepas alami kejatuhan ketara ke paras terendah 3 bulan dengan minyak WTI AS cecah $71 setong sementara minyak Brent jatuh bawah paras $77 setong terkesan tempias krisis semasa yang berlaku.

Memulihkan situasi apabila unjuran negara pengeksport petroleum (OPEC) adalah kukuh terhadap permintaan daripada China ketika suasana pasaran yang masih dikaburi oleh krisis perbankan di Amerika Syarikat (AS).

Mata wang sensitif pasaran minyak mentah, dolar Kanada dilihat didagangkan stabil berbanding US dolar yang kini lebih cenderung untuk alami penyusutan lanjut.

Hal ini dikuatkan oleh penilaian terhadap data inflasi AS yang diterbitkan di sesi New York malam tadi yang menunjukkan penurunan pada kadar inflasi AS pada Februari.

Federal Reserve (Fed) dilihat akan memilih laluan menuju ke arah pelonggaran dasar, dan jangkaan untuk kenaikan 50 mata asas kadar faedah sebelum ini mungkin sukar untuk berlaku.

Carta harga pasangan mata wang USD/CAD jika diperhatikan sedang memaparkan corak penurunan setelah minggu lalu mencapai paras ketinggian 1.38600.

Harga mulakan penurunan di awal minggu dari paras 1.38000 dan kekal bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut untuk isyarat bearish.

Sehingga sesi New York semalam dan bersambung pada dagangan setakat sesi Eropah hari ini (Rabu), harga telah memasuki kawasan zon tumpuan harga di sekitar 1.36600.

Zon RBS (resistance become support) tersebut telah menjadi sasaran sebelum ini untuk dituju dan reaksi harga di zon tersebut akan memberi petunjuk bagi pergerakan selanjutnya.

Jika berjaya tembus lebih rendah, harga dilihat akan menuju sehingga ke paras 1.35000 setelah kali terakhir menyentuh paras tersebut pada 21 Februari lalu.

Namun jika harga melonjak, berkemungkinan halangan MA50 akan dilepasi sekaligus memberi isyarat awal untuk perubahan trend bakal berlaku.

Kenaikan akan diteruskan menuju paras 1.38000 sebelum menguji ketinggian dicapai minggu lalu pada 1.38600 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat