USD/CAD Masih Gagal Tembus Ke Paras 1.2900, Harga Susut Semula

269

Dolar Kanada pamerkan prestasi cemerlang pada dagangan Selasa berikutan disokong oleh sentimen pasaran minyak mentah di mana emas hitam tersebut merupakan ekport utama Kanada.

Walaupun US dolar berjaya mengukuh berbanding mata wang utama lain, namun gagal untuk mengekalkan pengukuhan berbanding dolar Kanada.

Selepas data inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kejatuhan, harga minyak dilihat telah melonjak ke paras tertinggi 1 tahun.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang USD/CAD semalam, harga pada sesi Asia dilihat bergerak turun ke paras 1.27800 sebelum melonjak semula dari zon RBS (resistance become support) tersebut.

Kenaikan harga menguji semula zon resistance 1.28700 yang turut diuji pada penghujung dagangan minggu lalu.

Namun harga susut semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang berkemungkinan memberi isyarat semula untuk trend bearish pada carta USD/CAD.

Pergerakan harga perlahan pada sesi Asia hari ini (Rabu) berlegar di sekitar zon RBS 1.27800.

Jika harga terus membuat penurunan lebih rendah dari zon tersebut, paras sokongan harga dilihat pada 1.26700 ketika dagangan penghujung Januari.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, halangan MA50 akan diuji sebelum harga menguji pula zon resistance 1.28700 sebelum menuju ke paras ketinggian 1.29000.

Pelabur juga akan berwaspada terhadap dagangan Loonie menjelang laporan data pekerjaan Kanada pada Jumaat yang akan diterbitkan bersama laporan pekerjaan NFP AS.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat