USD/CAD Masih Teruskan Penurunan Selepas Terjunan Harga Minggu Lalu

339

Dolar Kanada merupakan mata wang yang sensitif terhadap perkembangan pasaran mintah mentah global berikutan minyak mentah menjadi eksport utama di Kanada.

Mesyuarat negara-negara pengeksport petroleum bersama sekutu (OPEC+) pada minggu ini telah sepakat untuk meneruskan rancangan bagi meningkatkan pengeluaran minyak dan optimis pasaran mampu menyerap tawaran tambahan.

Justeru, pertambahan bekalan bakal menurunkan harga minyak mentah sekaligus turut memberi kesan penyusutan pada nilai dolar Kanada.

Namun laporan terbaru dilihat kembali menyumbang pada kenaikan semula harga minyak mentah ekoran kebimbangan terhadap gangguan pengeluaran di Teluk Mexico.

Oleh itu pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD memaparkan penurunan menunjukkan dolar Kanada lebih mendominasi berbanding US dolar.

Di samping itu juga, pelabur berwaspada terhadap pergerakan US dolar yang dijangka berterusan lemah dengan perhatian yang diberikan terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi.

Justeru, US dolar sebenarnya lebih kehilangan kekuatannya di samping ‘terluka’ oleh ucapan dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada persidangan Jackson Hole tempoh hari.

Selepas harga dilihat susut di bawah zon support 1.26000 semalam, harga jatuh lebih rendah dan mendatar pada zon 1.25500 sehingga dagangan bersambung ke awal sesi Eropah hari ini.

Penurunan lebih rendah yang bakal diteruskan dilihat akan menguji beberapa paras tumpuan sebelum mencecah ke zon support sekitar 1.24000.

Jika kenaikan harga berlaku dan melepasi semula zon 1.26000, isyarat awal perubahan trend bullish itu akan kembali menjangkakan kenaikan lebih tinggi harga semula.

Rintangan awal pada 1.27000 bakal diuji dahulu untuk harga meneruskan kenaikan ke paras 1.28000 sekiranya sentimen pasaran terbaru mula mengubah arah pergerakan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat