USD/CAD Melonjak 100 Pips Selepas Data Pekerjaan Kanada & NFP AS

223

Laporan data pekerjaan Kanada dan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan bersama pada sesi New York Jumaat lalu dilihat telah memberi impak ketara terhadap pergerakan bagi mata wang dolar Kanada dan US dolar pada penutup dagangan minggu tersebut.

US dolar melonjak kukuh sebaik sahaja bacaan data diterbitkan dengan kesemua komponen data mencatatkan angka yang baik mengatasi ramalan terutamanya pertambahan pekerjaan untuk bulan Julai di AS yang meningkat ke paras tertinggi sejak Februari selain kadar pengangguran yang menurun.

Sementara bagi mata wang dolar Kanada pula, laporan data pekerjaan Kanada dinilai suram dengan ekonomi kehilangan pekerjaan sebanyak 30,600 pada Julai sementara kadar pengangguran kekal di paras 4.9% mendorong penyusutan bagi Loonie.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga yang telah melonjak lebih 100 pips selepas terbitan kedua-dua data pekerjaan tersebut dengan perbezaan pada kesan terhadap mata wang US dolar dan dolar Kanada tersebut.

Lonjakan tersebut dilihat menjadi petunjuk bagi mengakhiri corak mendatar harga sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan kenaikan melepasi paras 1.29000 dan hampir menyentuh paras ketinggian 1.30000.

Namun begitu, harga kembali memaparkan penurunan semula ke paras 1.29000 pada dagangan yang bersambung pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Penganalisis masih menilai isyarat perubahan trend bullish selepas harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD dengan penurunan terbaru di sesi Eropah masih berlegar di atas paras sokongan tersebut di zon 1.29000.

Sekiranya harga berjaya meneruskan peningkatan untuk menyambung semula corak kenaikan, harga bakal kembali menguji paras rintangan pada ketinggian 1.30000 dan berpotensi untuk menembusinya.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya dilihat akan mensasarkan pada paras 1.31000 untuk rekodkan paras tertinggi harga bagi tempoh dagangan 4 minggu.

Sebaliknya, jika harga paparkan penyusutan di bawah paras 1.29000, pelabur akan berwaspada untuk isyarat perubahan trend bearish harga semula.

Penurunan harga bakal menuju semula ke beberapa paras tumpuan sebelum ini seperti zon 1.28300 dan paras lebih rendah pada 1.27700.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat