USD/CAD Mendaki Ke Paras Tertinggi 6 Minggu

145

Dolar Kanada menunjukkan reaksi selepas kenyataan daripada Arab saudi yang memberikan amaran bahawa Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) boleh mengurangkan pengeluaran minyak mentah.

Ekoran kejatuhan harga minyak yang berlaku pada baru-baru ini dilihat membuatkan menteri Minyak Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman memberitahu bahawa OPEC sedia untuk mengurangkan pengeluaran untuk menampung penurunan harga minyak.

Tindakan tersebut disebabkan oleh pasaran mengabaikan bekalan minyak mentah fizikal yang sangat ketat selain daripada kecairan pasaran niaga hadapan yang lemah dan faktor kebimbangan terhadap risiko kemelesetan.

Sementara mata wang US dolar pula dipengaruhi oleh jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk membuat kenaikan sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat bulan September, namun pelabur tetap berwaspada untuk pilihan Fed yang berkemungkinan akan memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Selain itu, pelabur dilihat menantikan terbitan data pembuatan dan perkhidmatan (PMI) Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan New York hari ini yang bakal mengukur perkembangan semasa ekonomi AS.

Memantau pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD pada awal minggu Isnin semalam, harga dilihat bergerak mendatar menguji paras halangan 1.30000 dari sesi Asia sehingga ke sesi Eropah.

Namun pergerakan harga lebih agresif bersambung pada sesi New York menyaksikan lonjakan menembusi halangan 1.30000 tersebut sehingga mencapai paras ketinggian terbaru pada 1.30600.

Walau bagaimanapun, momentum peningkatan tersebut gagal diteruskan selepas kenyataan oleh menteri minyak Arab Saudi yang membuatkan harga pamer penurunan di sesi Asia ekoran kelebihan pada mata wang dolar Kanada.

Harga dilihat menunjukkan sedikit peningkatan di awal sesi Eropah namun menjunam semula menuju ke paras 1.3000 yang dilihat menjadi paras sokongan semasa buat harga.

Penurunan harga juga menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD yang akan dinilai pelabur untuk petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya harga menyusut lebih rendah melepasi paras sokongan MA50 dan juga zon 1.3000, penurunan lebih rendah akan dijangkakan selepas isyarat awal perubahan trend bearish tersebut.

Harga yang membuat penurunan lebih rendah bakal menyusut sehingga ke zon RBS (resistance become support) 1.29000 sebelum penurunan dilanjutkan pula menuju sekitar 1.2700.

Sebaliknya jika harga berjaya menyambung semula peningkatan, dilihat harga bakal menuju ke zon rintangan pada 1.31000 selepas mengatasi paras ketinggian dicapai sebelum ini pada 1.30600.

Untuk kenaikan lebih tinggi, sasaran seterusnya dilihat berada pada sekitar 1.32000 untuk harga mencabar semula ketinggian yang dicapai pada Julai lalu sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat