USD/CAD Mula Pamerkan Penurunan Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah

455

Harga minyak yang mencatatkan kenaikan pada hari ini telah kembali menyokong dagangan matawang dolar Kanada di mana turut mempengaruhi sentimen pasaran untuk sedikit pulih dan meredakan risiko pada awal minggu.

Dagangan Loonie mula memaparkan pengukuhan berbanding US dolar selepas pergerakan lemah pada awal minggu telah mendorong harga pada carta pasangan USD/CAD membuat kenaikan ke paras ketinggian 1.4260 pada Selasa.

Setelah mencatatkan paras tertinggi 3 minggu itu, harga kembali membuat penurunan semula padagangan semalam dengan bergerak lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50).

Mencecah paras terendah harian semalam sekitar 1.4115, harga kembali membuat kenaikan sebelum bergerak di sekitar paras halangan MA50 sehingga dagangan bersambung pada awal sesi Asia pagi ini.

Namun di penghujung sesi Asia, harga mula mempamerkan penurunan menguji paras terendah harian semalam dengan dagangan US dolar bergerak lemah sementara pelabur berwaspada menantikan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat serta data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk bulan April.

Jika penurunan diteruskan, harga akan cuba melepasi paras tumpuan pada 1.40800 sebelum penurunan diteruskan menuju zon RBS (resistance become support) pada sekitar 1.4000.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju pula paras RBS 1.3945 sebelum menguji zon support pada 1.38600.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga akan melepasi halangan MA50 yang akan memberikan isyarat awal trend bullish harga pada carta USD/CAD.

Kenaikan seterusnya akan menguji zon resistance pada ketinggian 1.42600 yang diuji pada minggu ini atau kenaikan lebih tinggi akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat