USD/CAD Pamer Penurunan, Sekadar Pembetulan Harga Atau Isyarat Perubahan Trend?

379

Harga minyak mentah yang kembali meningkat semula dilihat memberi kesan terhadap pergerakan mata wang dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak.

Perkembangan di Eropah, Jerman tidak lagi menentang langkah sekatan minyak Rusia sebelum ini dan laporan tersebut dilihat akan mendorong tekanan terhadap bekalan minyak dicampur dengan sentimen pasaran minyak mentah yang tidak menentu.

Menteri Ekonomi Jerman juga telah memaklumkan untuk mencari penyelesaian baru bagi menggantikan bekalan minyak Rusia tersebut.

Faktor ini dilihat akan memberi jangkaan keberangkalian untuk perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD.

Sebelum ini, harga dilihat telah dipacu tinggi disebabkan faktor pengukuhan US dolar dalam pasaran menjelang mesyuarat FOMC minggu hadapan dengan jangkaan kenaikan kadar 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed).

Sementara harga minyak terus mengalami penurunan sebelum ini, dolar Kanada turut melemah mendorong kenaikan harga ke paras tertinggi 7 minggu sehingga dagangan Khamis semalam.

Setelah harga mencapai paras ketinggian sekitar 1.28800 menuju ke pembukaan sesi New York semalam, penurunan harga dipamerkan sepanjang sesi New York sehingga ke paras sekitar 1.27900.

Penurunan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD semula memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Penurunan yang bersambung pada sesi Asia hari ini (Jumaat) menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.27700 untuk melengkapkan corak pembetulan harga (correction) pada pergerakan trend bullish sebelum ini.

Jika kenaikan kembali diteruskan semula, zon rintangan pada 1.29000 akan menjadi tumpuan untuk diuji selepas kenaikan harga mengatasi ketinggian dicapai semalam.

Dan untuk kenaikan seterusnya, sasaran adalah pada ketinggian 1.3000 selepas mengatasi zon rintangan pada Disember 2021 yang lalu iaitu pada 1.29600.

Sebaliknya jika penurunan lebih rendah yang berlaku, zon RBS 1.26700 bakal dituju harga untuk trend bearish yang lebih jelas.

Penurunan yang diteruskan selanjutnya dilihat akan menguji pula paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat