Ada petunjuk yang perlu diperhatikan para pelabur pada carta pasangan mata wang USD/CAD sejak dari awal minggu ini.
Jika diteliti beberapa kenaikan harga dilihat terbantut di paras ketinggian 1.34000 yang dilihat sebagai zon rintangan buat harga.
Ditambah pula dengan situasi pasaran yang tak menentu ketika ini, pergerakan harga mendatar di bawah zon 1.34000 tersebut sehingga semalam ketika debaran menantikan angka data bagi laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) malam ini.
Data inflasi AS akan menjadi petunjuk penting tambahan selepas pekerjaan NFP diteliti minggu lalu, bagi mendapatkan hala tuju lebih jelas untuk penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed) menuju mesyuarat FOMC di awal Februari.
Pergerakan harga pada carta USD/CAD di sesi Asia pagi ini (Khamis) dilihat paparkan corak penurunan, namun ia memberi isyarat baru kepada pelabur untuk perubahan trend harga.
Harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, menjadi amaran untuk penurunan harga setelah rintangan 1.34000 gagal dilepasi.
Paras tumpuan awal jika penurunan yang diteruskan dilihat berada pada sekitar 1.33000.
Paras tersebut turut diuji harga ketika pergerakan volatile yang berlaku pada Jumaat lalu semasa reaksi data NFP diterbitkan.
Namun, jika data inflasi yang diterbitkan malam nanti berjaya melonjakkan harga naik, melepasi rintangan 1.34000 akan berpotensi menolak harga ke paras lebih tinggi.
Paras ketinggian terbaru 4 minggu akan dicatatkan dengan sasaran harga untuk mencapai sekitar 1.35000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG