USD/CAD Sedikit Menurun Setelah Capai Paras Tertinggi Sejak Mei 2020

118

Pasaran minyak mentah didagangkan stabil pada sesi Asia pagi Selasa susulan laporan gabungan negara pengeksport petroleum bersama sekutu, OPEC+ sedang memantau perkembangan emas hitam itu untuk memastikan kestabilan harga.

Namun, harga minyak mentah sebelum ini telah pamerkan penyusutan berikutan faktor pengukuhan ketara mata wang US dolar dalam pasaran dengan isyarat pengetatan dasar yang berterusan oleh Federal Reserve (Fed).

Situasi ini sekaligus turut memberi kesan terhadap dagangan mata wang sensitif minyak iaitu dolar Kanada yang telah menyaksikan penyusutan ke paras terendah sejak Mei 2020 berbanding US dolar.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD telah memaparkan corak bullish sejak 2 minggu lalu dengan kenaikan harga masih diteruskan pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Setelah harga menutup dagangan penghujung minggu lalu di sekitar ketinggian 1.36000, harga menyambung lagi kenaikan pada Isnin semalam sehingga mencapai paras tertinggi terbaru 2 tahun pada 1.38000.

Namun, penurunan harga dipaparkan pada sesi Asia pagi ini bersambung ke awal pembukaan sesi Eropah susulan perkembangan lebih baik pada pasaran minyak mentah.

Pun begitu, penganalisis masih menilai pergerakan harga pada trend bullsih di mana harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.

Sekiranya harga menyambung lagi kenaikan, rintangan pada paras 1.3800 yang dicapai semalam di sesi New York sebelum ini bakal diuji sekali lagi.

Berjaya melepasi rintangan tersebut, harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru 2 tahun lagi dengan sasaran ke sekitar 1.41000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat