USD/CAD Susut 120 Pips Selepas BOC Naikkan Kadar Faedah 1.00%

272

Seperti yang dijangkakan, dolar Kanada memanjangkan pengukuhannya pada minggu ini susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Kanada yang menjadi tumpuan semalam.

Bank of Canada (BOC) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah 50 mata asas kepada 1.00% mengikuti jejak kebanyakan bank pusat utama yang lain yang meneruskan langkah pengetatan dasar monetari mereka.

Selain itu juga, dolar Kanada turut disokong oleh faktor peningkatan semula harga minyak mentah dalam pasaran ekoran minyak mentah yang menjadi eksport utama di Kanada.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD semalam, harga telah menjunam lebih 100 pips susulan reaksi pelabur terhadap keputusan mesyuarat BOC.

Sebelumnya, kenaikan harga telah mencapai paras ketinggian 1.26700 menguji zon rintangan tersebut sebelum harga menjunam dan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish selepas harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Setelah penurunan harga melepasi paras sokongan pada 1.26000, harga telah susut ke zon sekitar 1.25600 di penghujung sesi New York dan kekal berlegar di zon tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah petang ini.

Jika situasi berterusan, penurunan harga bakal mencecah ke paras sekitar 1.25000 atau lebih rendah lagi, boleh menuju sehingga support pada 1.24000.

Sebaliknya jika harga cuba memaparkan kenaikan semula, rintangan awal yang bakal diuji harga adalah pada 1.26000.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan akan menguji semula paras ketinggian yang dicapai semalam pada zon 1.26700 sebelum mencapai paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat