Carta harga pasangan mata wang USD/CAD dilihat terus menyambung penurunan lebih rendah sehingga ke penutup dagangan minggu lepas untuk penurunan 2 minggu berturut-turut.
Dolar Kanada memanfaatkan situasi untuk bergerak lebih baik berbanding US dolar ketika raja mata wang itu tersungkur di penghujung minggu susulan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan kurang baik.
Tambahan, harga minyak mentah juga didagangkan baik selepas pemulihan yang berlaku pada minggu lalu yang turut menyokong dolar Kanada.
Meneliti carta USD/CAD, harga telah tergelincir jatuh di bawah paras 1.33000 dengan paras terendah dicatatkan penghujung minggu lalu adalah sekitar 1.32200.
Untuk 2 minggu berturut-turut ini, harga kekal bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk memaparkan pergerakan bearish bersambung pada awal minggu ini.
Jika situasi kekal berterusan, harga bakal menjalar lebih rendah menguji paras 1.32000 setelah kali terakhir harga menyentuh paras itu sejak dagangan awal Ogos yang lalu.
Penurunan yang masih diteruskan akan menuju pula zon support pada dagangan Julai iaitu sekitar 1.31000.
Namun jika harga kembali paparkan lonjakan melepasi halangan MA50 dan paras 1.33000, ini akan menjadi petanda untuk perubahan pergerakan trend bullish semula.
Kenaikan harga bakal dilanjutkan untuk menuju ke paras 1.34000 yang dilihat menjadi rintangan pada dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG