USD Jatuh Menjelang Mesyuarat FOMC! Apa Dah Jadi?

3,370

US dolar terus merosot pada sesi Eropah di tengah kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC, sementara dolar Aussie pula meningkat susulan kenyataan daripada pegawai China mengenai kemungkinan lebih banyak rangsangan dilaksanakan.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan menyusut pada sekitar harga 98.70.

Kemerosotan ini mungkin disebabkan oleh pelabur yang ingin mengambil peluang untuk mencatatkan keuntungan dengan meletakkan posisi US dolar pada harga lebih rendah.

Dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asa oleh Federal Reserve (Fed), hasil bon AS 10 terus kekal di paras tertinggi lebih dua tahun.

Mata wang euro dan pound memanfaatkan penyusutan US dolar untuk mencatatkan peningkatan, namun gagal meningkat lebih jauh dengan masih tersekat di sekitar paras terendah.

Sementara itu, dolar Aussie mencatat kenaikan sederhana selepas agensi berita XinHua melaporkan bahawa Naib Perdana Menteri Liu He mengatakan China akan melancarkan langkah dasar baharu yang menguntungkan bagi pasaran modalnya.

Ini dibuat bagi menangani impak dari gelombang baharu Covid-19 yang memberi tekanan buat aktiviti ekonomi China susulan lebih banyak sekatan dikenakan di bandar-bandar utama.

Dolar Kanada pula meningkat lebih tinggi berbanding US dolar menjelang penerbitan data inflasi yang dijangka akan terus menunjukkan peningkatan pada bulan Februari di tengah lonjakan harga tenaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat