USD Jatuh, Tapi Emas Masih Layu!

277

Emas terus bergelut untuk mencatat peningkatan walaupun terdapat sokongan daripada penyusutan besar dalam dagangan US dolar.

Pada dua sesi dagangan awal Isnin, logam kuning itu berjaya meraih keuntungan dengan meningkat lebih 1% pada $1,668 per auns sebelum ia susut semula pada sesi New York.

Kenaikan yang dicatatkan ini dilihat menyusuli penurunan ketara dalam hasil bon AS 10 tahun daripada puncak tertinggi 14 tahun dan kesuraman dalam dagangan US dolar.

Bagaimanapun, keuntungan yang diperoleh emas tidak bertahan lama apabila logam kuning itu kembali menyusut untuk didagangkan pada $1,650 per auns ketika sesi Asia.

Sentimen pasaran secara keseluruhannya dilihat mulai pulih, didorong oleh pengumuman terbaharu Menteri Kewangan UK Jeremy Hunt untuk membatalkan hampir semua rancangan pemotongan cukai yang sebelum ini telah menggegarkan pasaran kewangan.

Ini mendorong pasaran saham global lebih kukuh pada sesi New York dan menyebabkan pegangan terhadap safe-haven dilepaskan termasuk US dolar yang merosot lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat