USD/JPY Bergerak Mendatar Ekoran Sentimen Pasif Pasaran

339

Selain tumpuan terhadap rundingan Brexit, pasaran juga turut memberi fokus terhadap perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China sehingga penghujung dagangan minggu ini.

Sentimen rundingan yang berubah-berubah kekal menimbulkan kebimbangan terhadap pelabur dan lebih membuatkan pelabur berwaspada dalam setiap dagangan yang dilakukan.

Terkini, dilaporkan bahawa China menekan Amerika Syarikat untuk menghapuskan rancangan pelaksanaan tarif tambahan terbaru jika kedua-dua buah negara itu ingian mencapai perjanjian perdagangan secara menyeluruh.

Bagi China, desakan yang dimahukan itu adalah sejajar dengan tindakan peningkatan pembalian produk pertanian dari Amerika Syarikat susulan perjanjian perdagangan fasa satu yang dipersetujui bersama.

Dinilai pergerakan harga pada carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY yang sering memberi petunjuk terhadap sentimen pasaran, menunjukkan pergerakan mendatar harga selepas mencapai kenaikan ke paras ketinggian 108.900 pada Selasa lalu.

Harga dilihat membuat penurunan semalam selepas gagal menembusi paras resistance 108.900 tersebut dan mendatar di sekitar zon RBS (resistance become support) pada 108.700 dan 108.600 sehingga dagangan bersambung pada sesi Asia dan sesi Eropah hari ini.

Penurunan semalam juga telah melepasi garisan trendline dan berkemungkinan memberi petunjuk untuk harga turun lebih rendah, namun perlu dipantau perkembangan terbaru rundingan dagang AS-China.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan paras penting pada 109.00 akan diuji harga yang merupakan zon major SBR (support become resistance) pada carta USD/JPY.

Namun jika harga membuat penurunan lebih rendah, destinasi awal penurunan dilihat pada zon RBS 108.100 atau lebih rendah lagi pada 107.900. Zon harga tersebut perlu diuji harga dahulu sebelum membuat penurunan ke paras lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat