Mata wang Yen pada dagangan penghujung minggu ini memaparkan sedikit pengukuhan semula berbanding pergerakan suram sejak awal minggu.
Penganalisis melihat faktor sentimen pasaran yang berisiko telah menyumbang kepada pemulihan Yen sebagai mata wang safe-haven.
Kebimbangan terhadap pasaran global dicetus oleh pergolakan di China dengan krisis hartanah kini semakin meningkatkan risiko.
Namun, pelabur kekal berwaspada terhadap dagangan Yen berikutan desas-desus berkenaan langkah campur tangan yang bakal diambil oleh bank pusat ke dalam pasaran.
Seperti yang berlaku pada Februari lalu, Bank of Japan (BOJ) telah bertindak untuk campur tangan secara terus jika Yen semakin berada dalam situasi kritikal.
Melihatkan carta pasangan mata wang USD/JPY, corak bullish telah dipaparkan untuk dua minggu berturut-turut sehingga harga berjaya melepasi paras 146.00 minggu ini.
Sebelum ini, tarikan terhadap US dolar yang juga sebagai mata wang safe-haven mengatasi Yen yang diselubungi ketidaktentuan.
Pada dagangan Khamis semalam, harga mencapai paras 146.500 di sesi Asia merekodkan paras tertinggi sejak November tahun lalu.
Kemudiannya corak perubahan trend mula dikenalpasti apabila harga membuat penurunan dan telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Penurunan bersambung pada hari ini (Jumaat) menuju ke sekitar 145.00 di sesi Eropah untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) itu.
Penurunan lebih rendah dilihat akan mencecah kembali paras tumpuan pada dagangan Ogos lalu iaitu 143.500.
Sebaliknya jika harga menyambung semula kenaikan sebelum ini, lonjakan bakal diperlihatkan melepasi 146.00 dan mencapai pula paras 146.00.
Mengatasi ketinggian semalam akan mencatatkan paras terbaru lagi buat harga tahun ini dengan situasi pengukuhan US dolar berterusan ke atas Yen.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG