Perubahan arah pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY dipamerkan minggu ini yang kembali melantun membuat kenaikan semula.
Selain mata wang US dolar diperhatikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika data-data ekonomi penting diterbitkan menjadi tumpuan, pelabur juga tetap berjaga-jaga memantau pergerakan Yen yang tak menentu.
Pasaran kini menghadam berita berkenaan rancangan penamatan dasar monetari longgar oleh bank pusat Jepun (BOJ) menjelang 2024 di bawah gabenor baru, Kazuo Ueda.
Pelabur kekal berhati-hati dengan risiko pergerakan volatile Yen seperti yang telah berlaku sepanjang 2023.
Pada carta USD/JPY, corak penurunan harga telah dipaparkan sepanjang minggu lalu dan diteruskan pada pembukaan awal minggu ini melihatkan harga hampir mencecah paras 147.00.
Namun lantunan semula harga berlaku sehingga dagangan bersambung pada Rabu semalam hampir mencapai semula paras tumpuan 150.00.
Kenaikan mencapai sekitar 149.700 sebelum harga mula berundur semula menyambung pergerakan di sesi Asia pagi ini (Khamis).
Pembukaan sesi Eropah, harga dilihat berlegar di sekitar 149.00 dan masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY untuk kekal dengan isyarat bullish.
Kenaikan jika diteruskan semula dilihat akan menguji zon penting 150.00 yang sebelum ini menjadi zon kritikal yang boleh mencetus campur tangan bank pusat dan kerajaan Jepun dalam pasaran.
Namun jika berjaya tembus, harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan ke paras ketinggian yang dicapai sebelum ini iaitu pada 151.90.
Sebaliknya jika harga jatuh menjunam di bawah paras sokongan MA50, ini akan menjadi petunjuk pergerakan bearish buat harga.
Penurunan bakal dilanjutkan menuju semula ke zon support 147.00 dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG