USD/JPY Pamer Kenaikan, Trader Masih Jangka Harga Bakal Terjun?

1,320

US dolar dilihat bergerak sedikit mengukuh pada awal sesi Eropah berbanding dagangan sesi-sesi sebelumnya.

Namun, pelabur kekal melihat US dolar akan terus bergerak lemah dalam pasaran selepas kenyataan dovish dikeluarkan oleh bank pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve dengan keputusan mesyuarat FOMC melihatkan kadar faedah dikekalkan.

US dolar bergerak lebih kukuh berbanding safe-haven Yen selepas pergerakan mendatar dipamerkan harga pada carta pasangan USD/JPY semalam menyusuli siri penurunan sejak penghujung dagangan minggu lalu.

Matawang Yen walau bagaimanapun turut dilihat berisiko dalam pasaran berikutan kes jangkitan Coronavirus di Tokyo dan beberapa bandar utama masih lagi tinggi yang berupaya mengancam pemulihan ekonomi.

Pada dagangan semalam, paras support 104.800 diuji pada sesi Eropah dan New York namun gagal tembusi ke paras lebih rendah menutup dagangan Rabu di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Sesi Asia pagi ini melihatkan harga bergerak perlahan sebelum tanda-tanda kenaikan harga dipamerkan susulan harga telah berjaya membuat kenaikan melepasi halangan MA50.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan dijangkakan sehingga ke paras 106.600 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut jika US dolar kembali mendapat rentak pengukuhan semula.

Namun, pelabur yang menjangkakan US dolar akan kembali melemah akan kembali menguji semula support 104.800 untuk harga cuba turun lebih rendah.

Harga yang berjaya melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat