USD/JPY Pamer Penurunan Harga Lebih Jelas Pada Dagangan Penghujung Minggu

929

Matawang Yen Jepun pamerkan pengukuhan berbanding US dolar dalam suasana pasaran berisiko dengan penurunan lebih jelas pada carta pasangan matawang USD/JPY hari ini.

Peningkatan ketara kes jangkitan dan kematian akibat Coronavirus di Amerika Syarikat menjadi faktor utama terhadap kebimbangan pelabur di samping ketidaktentuan politik di negara ekonomi terbesar dunia itu.

Setelah bergerak mendatar sepanjang minggu, pergerakan harga pada hari ini telah berjaya membuat penurunan lebih rendah di bawah paras penting 107.000.

Sejak semalam, harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY yang memberi isyarat trend bearish.

Harga pada sesi Asia pagi ini membuat penurunan sehingga bersambung pada sesi Eropah menuju paras tumpuan 106.600 di zon RBS (resistance become support).

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon support pada 106.000 yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan Mei dan Jun lalu.

Sekiranya harga membuat kenaikan, paras halangan dinamik MA50 akan diuji dan juga zon SBR (support become resistance) pada 107.400.

Seterusnya, kenaikan yang diteruskan bakal menuju paras ketinggian 108.000 yang merupakan zon resistance harga.

Kenaikan lebih tinggi akan mencatatkan paras ketinggian terbaru menuju zon resistance dalam julat harga 108.500-108.700.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat