Rekod harga tertinggi terbaru tahun ini dicatatkan pada carta USD/JPY pada dagangan menuju penghujung minggu ini kesan daripada keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Federal Reserve (Fed) telah mengekalkan kadar faedah di paras 5.25%, namun isyarat untuk menaikkan lagi kadar faedah menuju penghujung 2023 ini telah menyokong pengukuhan nilai US dolar dalam pasaran.
Sementara US dolar mengukuh, Yen pula bergerak lemah menjelang mesyuarat dasar monetari bank pusat Jepun (BOJ) pada Jumaat esok.
BOJ dijangka masih akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.10%, dan kenyataan susulan oleh gabenor Kazuo Ueda akan menjadi pemerhatian pelabur bagi petunjuk dasar selanjutnya.
Meneliti carta USD/JPY, berlaku penurunan harga dahulu ke paras 139.300 semalam ketika terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan US dolar melemah.
Namun, harga telah melonjak semula sehingga melepasi paras 141.00 di sesi Asia pagi ini (Khamis) mengatasi ketinggian dicapai pada penghujung Mei lalu.
Sekaligus ini menjadi catatan harga tertinggi terbaru untuk tahun ini dan kenaikan harga dilihat masih lagi diteruskan di sesi Eropah.
Jangkaan untuk kenaikan selanjutnya harga dilihat bakal menuju zon sekitar 142.200 sebelum cuba untuk mencapai hingga paras 143.00 pula untuk terus pecahkan rekod 2023.
Sementara, jika berlaku kejatuhan semula harga, zon terhampir yang dilihat akan dituju adalah pada sekitar 140.300, zon RBS (resistance become support) buat harga.
Dan sekiranya jatuh lebih rendah, harga akan kembali semula ke paras sokongan 139.300 yang menjadi permulaan lonjakan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG