Pelabur yang mengekalkan posisi belian (buy) pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY dilihat terus menambah angka keuntungan apabila harga terus bergerak dalam trend bullish sehingga ke penutup dagangan minggu lalu.
Jika diperhatikan, harga telah berjaya mencapai zon sasaran melepasi 143.00 untuk rekod tertinggi harga sejak November 2022.
Walaupun sedikit terumbang-ambing pergerakan mata wang US dolar pada beberapa minggu terakhir ini, namun raja mata wang itu kekal mengukuh berbanding Yen yang lebih pasif.
Ketika Federal Reserve (Fed) memberi isyarat untuk menaikkan lagi kadar faedah pada mesyuarat selepas ini, sebaliknya buat Bank of Japan (BOJ) yang terus mengekalkan dasar monetarinya yang longgar.
Jika tiada apa-apa perubahan pada situasi semasa berikut, pelabur akan terus menjangkakan trend bullish yang berterusan pada carta USD/JPY tersebut.
Pergerakan harga jika diperhatikan kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu menjadi indikator asas bagi pergerakan menaik buat harga.
Kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan untuk menuju pula 145.00 sebelum melanjutkan pendakiannya mencapai 146.00 bagi terus memburu rekod ketinggian terbaru.
Berbeza pula ceritannya jika harga mula memberi isyarat untuk berpatah arah membuat penurunan ke bawah semula.
Susut di bawah paras sokongan MA50 akan menjadi petunjuk awal sebelum harga menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 142.00.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan ke sekitar 140.300 sebelum mencecah paras sokongan sebelum ini sekitar 139.300.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG