Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY bertambah rancak minggu ini apabila lonjakan harga begitu ketara dipamerkan sehingga harga merekodkan paras tertinggi terbaru 1 tahun.
Pada Selasa lalu, pasaran sekali lagi dikejutkan dengan lonjakan harga yang menembusi paras penting 150.00 dan meneruskan kenaikan mengatasi pula puncak harga dicapai pada minggu lalu sekitar 150.770.
Bank of Japan (BOJ) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.10% dan tidak memberi isyarat bahawa campur tangan dilakukan walaupun terdapat pergerakan drastik mata wang Yen dalam pasaran sejak minggu lalu.
Selepas mengatasi paras tersebut, harga meneruskan pendakian lebih tinggi sehingga akhirnya mencapai paras 151.700 yang menjadi rekod tertinggi harga sejak Oktober 2022.
Kebimbangan tetap menyelubungi pasaran ketika ramai yang menantikan langkah campur tangan oleh kerajaan dan bank pusat Jepun (BOJ) seperti yang dilakukan sebelum ini.
Corak penyusutan harga dipaparkan kembali sejak semalam sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis) susulan reaksi mesyuarat FOMC yang telah membuatkan mata wang US dolar melemah.
Harga telah jatuh semula ke sekitar 150.150 sebelum pergerakan harga perlahan menyambung pembukaan dagangan sesi Eropah petang ini.
Isyarat bearish harga dinilai selepas harga terjun ke bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Dengan corak penurunan harga yang sedang berlaku, jangkaan adalah untuk harga menuju ke zon tumpuan 150.00 sekali lagi dan reaksi di sekitar itu akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Sekiranya harga jatuh lebih rendah, penurunan harga boleh mensasarkan untuk mencecah kembali paras disentuh pada awal minggu sekitar 148.800.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG