Trend bullish pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY dilihat terbantut apabila terdapat faktor yang mengubah arah pergerakan harga.
Dengan dagangan mata wang Yen yang masih bercampur-campur, harga dipacu oleh US dolar ketika tumpuan minggu lalu terarah kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu.
Pada awal minggu, harga cemerlang memaparkan kenaikan sehingga ke paras 143.500, namun ternyata paras tersebut menjadi zon rintangan buat harga minggu itu.
Pengukuhan US dolar pada awalnya gagal dikekalkan apabila pasaran berwaspada menjelang laporan NFP pada Jumaat.
Setelah laporan diterbitkan, harga semakin menurun lebih rendah ke paras 141.600 susulan reaksi pasaran membuatkan mata wang US dolar alami penyusutan.
Isyarat bearish telah diperhatikan apabila harga mula berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Sekiranya penurunan harga masih diteruskan lagi hari ini, beberapa paras akan diperhatikan dengan jangkaan harga akan menuju sekitar 140.500 sebelum menyambung penurunan ke 139.300.
Paras yang dicecah pada penghujung Julai sekitar 138.00 juga akan diawasi sebagai sasaran sebelum harga boleh melanjutkan penurunan ke zon sokongan harga pada 137.00.
Sebaliknya, jika lonjakan harga berlaku, berkemungkinan pelabur akan menerima isyarat untuk corak kenaikan diteruskan kembali selepas ini.
Lonjakan awal perlu melepasi halangan MA50 dan zon rintangan 143.500-144.00 yang telah menjadi hadangan pada kenaikan minggu lalu.
Seterusnya, selepas melepasi kesemua halangan berikut, kenaikan boleh diteruskan hingga paras 145.00 atau mencapai ketinggian 146.00.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG