USD/JPY Terjun Mendadak, BOJ Hanya Berdiam Diri

418

Sehingga ke sesi Eropah hari ini (Selasa), masih tiada penjelasan yang diberikan oleh bank pusat Jepun (BOJ) berkenaan pergerakan drastik yang berlaku ke atas mata wang Yen semalam.

Diplomat mata wang tertinggi Jepun, Masato Kanda enggan mengulas berkenaan langkah campur tangan yang majoriti jangkakan itu.

Setelah beberapa minggu pelabur mengawasi dengan berhati-hati, akhirnya berlaku pergerakan besar harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY di pembukaan awal minggu semalam.

Jika diperhatikan harga telah mengekalkan corak kenaikan berterusan sehingga minggu lalu mencapai paras tertinggi sekitar 158.400.

Menyambung dagangan pada Isnin semalam, harga mendaki lebih tinggi di sesi Asia mencapai paras tertinggi 34 tahun melepasi paras 160.00.

Kemudiannya, harga mendadak jatuh sehingga ke paras sekitar 155.00 sehingga dagangan bersambung di sesi Eropah.

Pergerakan harga kekal rancak ketika pasaran menantikan sebarang penjelasan dari pihak berkuasa Jepun berkaitan situasi tersebut.

Harga telah melantun semula dari paras 155.00 dengan kenaikan menghampiri ke paras 157.00.

Paras itu masih belum dilepasi sehingga sesi Eropah petang ini dan harga juga dilihat terhalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menunjukkan isyarat bearish.

Berkemungkinan harga akan susut semula menguji paras 155.00 yang dicecah semalam dan reaksi harga akan diperhatikan.

Jika tembus lebih rendah, pengukuhan Yen akan mendorong harga susut lebih rendah menuju paras 152.00 dan seterusnya ke zon penting 150.00 sebelum ini.

Sebaliknya jika penurunan harga gagal berlaku lagi, harga mampu untuk meningkat semula untuk mencapai paras ketinggian semalam.

Rekod tertinggi terbaru harga sejak 1990 berkemungkinan mampu dipecahkan lagi oleh harga.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat