USD/JPY Terus Pecah Rekod Tertinggi Sejak 1986!

164

Situasi semakin kritikan jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY yang bersambung sehingga ke pembukaan awal Julai ini.

Yen berterusan alami penyusutan untuk minggu keempat berturut-turut selepas minggu lalu harga telah naik melepasi paras 160.00.

Pelabur sedar risiko terhadap dagangan Yen yang jatuh ke paras terendah 38 tahun itu ekoran kemungkinan bakal berlaku campur tangan pihak berkuasa Jepun dalam pasaran.

Situasi mungkin bakal sama seperti yang berlaku pada penghujung April lalu, berlaku pergerakan drastik menyaksikan Yen mengukuh ketara, namun bank pusat Jepun enggan mengulas berkenaan perkara tersebut.

Sehingga dagangan sesi Asia hari ini (Selasa), harga pada carta USD/JPY dilihat mencapai ketinggian terbaru pada 161.700 dengan mengekalkan corak pergerakan bullish.

Harga kekal bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sehingga ke minggu ini.

Kenaikan harga dijangka menghampiri paras 162.00 atau lebih tinggi untuk terus memecahkan rekod baharu.

Sekiranya US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan, situasi kenaikan harga dijangka akan berterusan lagi selepas ini.

Namun, waspada dengan terjunan drastik harga secara mengejut dalam pasaran apabila Yen tiba-tiba kukuh mendadak.

Harga boleh menjunam sehingga tembus semula paras 160.00 dan menukar trend harga dengan cepat.

Lanjutan penurunan harga seterusnya dijangka akan memberi reaksi pada sekitar zon 158.00 yang menjadi zon tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat