USD/JPY Teruskan Kenaikan Selepas Jatuh Ke Paras Terendah 7 Minggu

740

Walaupun sentimen pasaran kekal berisiko, matawang safe-haven Yen yang sepatutnya mendapat kelebihan dilihat gagal mengukuh sebaliknya bergerak lemah pada dagangan Khamis.

Menurut tinjauan terbaru Reuters, Bank of Japan (BOJ) menurunkan unjuran ekonomi akibat impak ketara oleh pandemik Coronavirus terhadap ekonomi Jepun.

Gabenor bank pusat, Haruhiko Kuroda menyatakan ekonomi Jepun akan memperlihatkan pertumbuhan yang negatif untuk suku kedua tahun ini. BOJ akan terus memantau kesan pandemik terhadap ekonomi dan akan mengambil langkah yang sewajarnya jika diperlukan.

Pada pergerakan matawang pula, Yen kembali bergerak lemah berbanding US dolar 2 hari berturut-turut dengan kenaikan pada carta harga pasangan USD/JPY.

Kenaikan itu adalah susulan penurunan drastik harga yang dipamerkan pada Selasa lalu yang mencatatkan paras terendah 7 minggu hampir menyentuh paras 106.000.

Kenaikan harga pada Rabu telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga menunjukkan trend bullish kembali.

Kenaikan diteruskan sehingga dagangan semalam dengan paras ketinggian yang dicapai menguji rintangan 107.400 sebelum menutup dagangan sesi New York di paras lebih rendah semula.

Sesi pasaran Asia pada Jumaat melihatkan harga bergerak perlahan dan menurun hampir ke paras 107.00 dan juga menguji paras sokongan MA50.

Jika harga berjaya turun lebih rendah semula, penurunan seterusnya dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 106.600.

Penurunan lebih rendah akan menuju semula paras terendah mingguan yang hampir menyentuh paras 106.00. Paras tersebut juga merupakan zon support yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan Mei.

Namun jika harga meneruskan kenaikan, zon resistance pada ketinggian semalam akan diuji sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju zon resistance di bawah paras 108.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat