Seperti yang dijangkakan, US dolar kembali didagangkan lemah semula bermula di sesi Eropah sehingga bersambung ke sesi New York semalam.
Tambahan, data tinjauan ISM bagi bacaan PMI pembuatan di Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Mac catat bacaan yang lebih buruk daripada ramalan, terendah sejak Mei 2022.
Justeru, tiada perubahan pada jangkaan majoriti pasaran terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang bakal memperlahankan lagi dasar dalam mengimbangi tekanan daripada faktor-faktor semasa.
Jika dinilai, hasil perbendaharaan AS 10-tahun juga pamerkan penyusutan ketara ke sekitar 3.4%, turut memberi kesan penyusutan semula yang berlaku pada US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-terjun-semula-44
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kesan lonjakan semula harga dapat diperhatikan setelah harga yang berlegar di zon 1.08000 berjaya melantun naik.
Kenaikan yang diteruskan sehingga ke penghujung sesi New York mencapai paras 1.09000 sebelum perlahan di sekitar tersebut bersambung pada dagangan pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).
Kenaikan tersebut juga telah kembali melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat corak kenaikan masih akan diteruskan lagi.
Zon 1.09000 yang telah diuji sejak 2 minggu yang lalu akan menjadi cabaran penting perlu ditembusi harga untuk mengukuhkan lagi petunjuk pergerakan bullish.
Kenaikan jika berjaya diteruskan bakal menuju sasaran seterusnya pada 1.10000 untuk rekodkan paras tertinggi terbaru 9 minggu.
Namun jika situasi berubah menyaksikan harga membuat penurunan semula, zon sokongan pada 1.08000 bakal diuji sekali lagi.
Jika gagal harga melantun sebaliknya tembus lebih rendah, penurunan akan diteruskan menuju 1.07000 atau lebih rendah lagi pada 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG