USD Kembali Bangkit, Dah Habis Turun Ke?

1,129

Dolar greenback didagangkan sedikit meningkat pada sesi Eropah, memadamkan beberapa kerugian yang dicatatkan pada akhir minggu susulan bacaan data pekerjaan AS yang kurang memberangsangkan.

Kenaikan ini didorong oleh pemulihan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang meningkat lebih tinggi pada tahap 1.32%.

Bagaimanapun, matawang gergasi itu masih didagangkan di sekitar paras terendah hampir satu bulan berbanding pesaing utamanya, dengan indeks dolar diniagakan pada 92.28. Pergerakan matawang mungkin terhad pada hari ini memandangkan pasaran AS bercuti.

Matawang antipodean, dolar Aussie membataskan keuntungannya pada hari Isnin, ketika Victoria, negeri kedua yang mempunyai populasi terbesar di Australia menyaksikan peningkatan kes Covid-19.

Tumpuan kini disasarkan kepada Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari Selasa yang dijangka akan menangguh semula rancangan bank pusat untuk mengurangkan pembelian bon.

Selain itu, dolar kiwi juga susut walaupun selepas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan sekatan di seluruh negara akan diangkat, selain Auckland, mulai hari Rabu.

Matawang euro turut mengurangkan keuntungannya dengan sedikit susut pada harga 1.18600 berbanding US dolar, ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis.

Di samping itu, pound kekal diniagakan di paras tertinggi dua minggu, tetapi sedikit merosot berikutan terkesan dengan isu Ireland Utara yang masih belum selesai, menyebabkan Menteri Brexit UK memberi amaran bahawa sekiranya masalah ini berlanjutan, ia boleh menjejaskan hubungan antara UK dan EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat