USD Kembali Lemah, Sentimen Pasaran Risk-off?

580

Pasaran kewangan didagangkan dalam suasana yang berisiko selepas matawang dolar Amerika Syarikat menyusut nilai dan hasil pulangan turut menurun sementara pasaran emas kembali melonjak semula.

Saham-saham Amerika Syarikat berada dalam tekanan terkesan oleh data ekonomi yang lemah dan juga bacaan pendapatan yang bercampur-campur. Terdapat juga beberapa tekanan daripada faktor geopolitik seperti isu Brexit dan perang dagang yang turut memainkan peranan.

Bacaan data bagi pasaran perumahan di Amerika Syarikat mencatatkan angka sekitar jangkaan untuk bulan Jun dengan penurunan jualan rumah kepada 0.9% serta kelulusan pembinaan rumah turut menurun kepada 6.1%.

Perkembangan pasaran Eropah, tumpuan adalah terhadap bacaan akhir untuk bulan Jun bagi indeks harga pengguna di zon Eropah serta data inflasi di UK. Kedua-dua bacaan data mencatatkan angka sekitar jangkaan dengan respon yang lemah terhadap dagangan dolar Euro dan Pound Sterling.

Sterling terus didagangkan merosot mencecah ke paras terendah dua tahun berikutan kebimbangan pelabur terhadap situasi Brexit yang sukar untuk keluar dari Kesatuan Eropah.

Selain faktor ketidaktentuan politik, data-data ekonomi yang menggambarkan ekonomi UK sedang bergelut menguatkan lagi tekanan untuk bank pusat England untuk melonggarkan polisi monetari.

Tumpuan pasaran pada sesi Asia hari ini adalah kepada laporan data pekerjaan di Australia. Bacaan yang dikeluarkan jauh meleset berbanding jangkaan apabila mencatatkan pertambahan hanya pada 500 pekerjaan sahaja untuk bulan Jun berbanding 45,300 pada bulan sebelumnya yang telah dikemaskini. Angka tersebut juga jauh lebih rendah berbanding jangkaan penurunan 9,100 oleh pasaran.

Sementara itu, kadar pengangguran kekal tidak berubah di paras 5.2%. Susulan data dikeluarkan, dagangan dolar Aussie melonjak seketika dengan jangkaan bakal berlaku penurunan kembali pada matawang Australia itu.

Tumpuan pada sesi pasaran Eropah pula akan terarah pada data jualan runcit di UK sebelum pada jam 8.30 malam ini pula, data pekerjaan ADP bagi sektor swasta di Kanada serta data tuntutan bagi yang tidak bekerja di Amerika Syarikat, akan dikeluarkan bersama.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat