USD Kembali Merawat Luka

276

US dolar sedikit meningkat pada awal dagangan sesi Asia selepas melalui sesi menyuramkan pada hari Isnin dengan menyusut rendah berbanding kebanyakan matawang utama.

Dengan sesi perdagangan Asia yang agak sepi berikutan cuti di Jepun dan China, menyebabkan pergerakan perlahan dalam pasaran dan memberi peluang buat dolar greenback meningkat berbanding yen dan euro.

Matawang euro diniagakan stabil, cuba bertahan di atas harga 1.2000 selepas diperlihatkan dengan bacaan akhir data pembuatan dan perkhidmatan yang lebih lemah dari bacaan awal yang dikeluarkan sebelum ini.

Kenaikan awal matawang dolar greenback turut mendorong dolar Aussie dan kiwi sedikit susut pada awal sesi Asia ketika pasaran kini menantikan keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada 12.30 tengahhari ini (waktu Malaysia).

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan stabil pada 91.05.

Sementara itu, bacaan data pembuatan AS yang lebih buruk dari dijangkakan, menyuarakan sikap dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell ketika beliau memberitahu bahawa pemulihan yang dilihat sekarang tidak rata.

Presiden Fed New York, John Williams juga mengatakan keadaan semasa tidak cukup untuk mendorong mereka mengubah dasar monetari.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada penerbitan data pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat bagi mendapatkan kejelasan lanjut mengenai prospek ekonomi AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat