US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan pada dagangan Rabu semalam apabila tekanan terhadap penurunan taraf kredit Amerika Syarikat (AS) berjaya dikurangkan.
Ini didorong oleh terbitan laporan data pekerjaan ADP AS di sesi New York semalam dengan bacaan angka yang lebih kukuh berbanding ramalan untuk bulan Julai.
Situasi ini memberi gambaran awal yang positif terhadap laporan pekerjaan NFP yang bakal diterbikan pada Jumaat.
Sementara pada sesi New York malam ini akan menampilkan data tuntutan faedah pengangguran AS dan juga tinjauan ISM untuk sektor perkhidmatan AS.
Pengukuhan US dolar terus membenam mata wang utama yang lain dalam pasaran ketika dagangan semakin menuju ke penghujung minggu termasuk Euro.
Euro yang dilihat sedikit pulih pada pembukaan sesi Asia semalam gagal mengekang asakan US dolar sehingga nilainya jatuh ke paras terendah terbaru 4 minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/adp-pacu-lonjakan-usd
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang gagal bertahan di atas paras 1.1000 telah menyusur lebih rendah melepasi paras minggu lalu, mencecah sekitar 1.09200.
Harga kemudiannya sedikit melantun dan berlegar perlahan di atas paras tersebut menyambung dagangan pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis).
Seperti yang dijangkakan, zon 1.09000 menjadi tumpuan penting buat harga yang akan memberi reaksi dan petunjuk untuk pergerakan selanjutnya.
Sekiranya zon 1.09000 berjaya ditembusi selepas ini dengan corak penurunan yang diteruskan, harga bakal menuju pula ke sasaran terendah yang baru pada sekitar 1.08000.
Namun jika berlaku perubahan arah pada harga di penghujung minggu ini, kenaikan dilihat akan menguji kembali rintangan 1.10000.
Berjaya melepasinya, akan menjangkakan kenaikan akan diteruskan dan mengatasi paras ketinggian pada awal minggu sebelum sasaran beralih pada ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.11500.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG