USD Kukuh, EUR/USD Mula Susut Menjelang Acara Jackson Hole

566

Menjelang acara kemuncak tahunan simposium Jackson Hole yang bermula hari ini, US dolar dilihat sudah pun mula mengorak langkah lebih awal dengan pengukuhan nilai yang dipamerkan pada sesi New York semalam.

Presiden Federal Reserve (Fed) Dallas, Robert Kaplan dalam kenyataan terbarunya menjangkakan Fed akan mula meningkatkan kadar faedah pada tahun depan.

Penganalisis mengambil kenyataan beliau itu sebagai isyarat hawkish berbanding pendapat beliau pada minggu lalu yang lebih berwaspada berikutan kebimbangan terhadap potensi impak Covid-19 varian Delta.

Begitu juga Presiden Fed bagi cawangan Kansas City dan St. Louis yang turut mengubah pendirian yang lebih cenderung ke arah pengetatan dasar dengan cadangan untuk pengurangan $120 bilion pembelian bon bulanan.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan harga gagal dikekalkan. Dan pada dagangan Khamis semalam, harga yang agak mendatar mula pamerkan tanda-tanda awal untuk penurunan.

Pada sesi New York semalam, harga paparkan penurunan selepas kenaikan pada sesi Eropah sebelumnya mencatatkan paras terendah harian semalam sekitar 1.17450 selepas data pertumbuhan KDNK suku kedua Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Namun pengukuhan US dolar dilihat dipacu oleh reaksi pasaran terhadap komen Robert Kaplan terhadap dasar bank pusat menjelang acara tahunan Jackson Hole.

Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menguji semula paras 1.17000 sebelum penurunan yang diteruskan akan menguji paras support minggu lalu sekitar 1.16700.

Namun, pelabur berkemungkinan akan menyaksikan lonjakan harga semula berikutan jangkaan besar terhadap kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell yang bernada dovish.

Situasi yang akan menyusutkan nilai US dolar itu akan mendorong kenaikan harga menuju ke paras rintangan 1.18000.

Kenaikan lebih tinggi harga yang melepasi rintangan tersebut akan menuju pula ke sasaran seterusnya pada zon harga 1.19000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat