Perubahan corak harga diperhatikan pelabur pada pergerakan carta pasangan mata wang EUR/USD pada Selasa semalam.
Kejatuhan harga yang berlaku pada Jumaat lalu tidak dilanjutkan minggu ini selepas harga yang mendatar pada Isnin lalu telah meningkat semula semalam hampir menyentuh kembali paras ketinggian yang dicapai pada kenaikan minggu lalu.
US dolar dilihat kembali bergerak pada landasannya dengan melemah semula seperti situasi selepas mesyuarat FOMC lalu.
Mata wang utama lain termasuk Euro akan memanfaatkan peluang untuk meningkat semula dalam pasaran ketika US dolar terus berisiko berdepan data-data penting yang akan diterbitkan termasuk data KDNK AS suku ketiga dan indeks harga PCE.
Kenaikan harga pada carta EUR/USD semalam yang melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk pertukaran semula trend bullish.
Kenaikan diteruskan di sesi New York hampir menyentuh semula ketinggian 1.10000 minggu lalu, namun tidak berlaku apabila harga perlahan di sekitar 1.09800 sehingga bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu).
Jika corak kenaikan berjaya dikekalkan, pelabur bakal memerhatikan semula zon rintangan 1.10000 diuji dan akan cuba untuk ditembusi harga.
Jika tembus, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan ke sasaran berikutnya sekitar 1.10600 atau ke zon rintangan 1.11000.
Namun jika kenaikan harga masih terkandas pada rintangan 1.1000 seperti minggu lalu, kejatuhan harga berkemungkinan boleh dijangkakan berlaku semula.
Harga jika susut di bawah paras sokongan MA50 akan mendorong jangkaan penurunan menuju hingga sekitar 1.08000 yang menjadi paras tumpuan sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG