USD Lemah, EUR/USD Pacak Tembus Zon Penting $1.0800!

188

Selepas pergerakan mendatar pada awal minggu, situasi pasaran berubah pada Selasa semalam menyaksikan corak lebih ketara dipaparkan melibatkan mata wang US dolar.

Menyusuli penutupan yang suram pada sesi terakhir penghujung minggu lalu, US dolar menyambung penyusutan semalam yang didorong oleh faktor sentimen pasaran ‘risk-on’.

China membuat keputusan untuk menaikkan kadar faedah terbaru untuk menyokong pemulihan pasaran hartanah yang sedang bergelut.

Rangsangan tambahan untuk ekonomi kedua terbesar dunia itu dilihat akan mendorong pertumbuhan global yang positif selepas ini.

US dolar sebagai mata wang safe-haven menerima kesan dengan penjualan besar-besaran oleh pemain pasaran ketika ini.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan kenaikan harian sekitar 80 pips semalam menyusuli pergerakan mendatar pada hari sebelumnya.

Lonjakan itu juga dilihat telah menembusi zon SBR (support become resistance) 1.08000 yang telah menjadi rintangan pada dagangan minggu sebelum ini.

Ketinggian terbaru dicapai sekitar 1.08380 sebelum harga berundur sedikit menuju dagangan penghujung sesi New York.

Pergerakan harga perlahan berlegar di atas zon 1.08000 menyambung dangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu).

Kenaikan lebih tinggi harga akan dijangkakan untuk menuju zon tumpuan pada ketinggian 1.09000.

Zon tersebut menjadi tumpuan diuji pada dagangan awal Februari lalu namun masih belum berjaya ditembusi.

Sementara, untuk jangkaan jika penurunan harga berlaku pula, susut di bawah paras 1.08000 akan memberi isyarat awal untuk pertukaran trend bearish.

Penurunan lanjut harga bakal kembali mencecah paras sokongan minggu lalu iaitu pada 1.07000.

Pelabur walau bagaimanapun akan berwaspada dan menantikan dahulu terbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti untuk tentukan arah pergerakan harga yang lebih jelas.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat