USD Lemah, Harga Menaik! Retracement Pada Carta EUR/USD?

280

US dolar kembali memaparkan penyusutan nilai pada dagangan Khamis semalam susulan terbitan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan di sesi New York.

Bacaan data meningkat sedikit tinggi berbanding ramalan menunjukkan tuntutan yang meningkat pada minggu sebelum ini.

Situasi ini sedikit mengendurkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah 50 mata asas dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) selepas Pengerusi Jerome Powell telah memberi isyarat yang bernada hawkish.

Penganalisis menilai ini sekadar reaksi sementara pasaran ketika menantikan tumpuan lebih utama pada sesi New York malam ini iaitu laporan data pekerjaan NFP AS.

Pergerakan harga kembali rancak semalam berbanding mendatar pada Rabu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan kenaikan semula harga berlaku selepas terjunan ketara ketika reaksi keterangan Powell tempoh hari.

Harga kembali membuat kenaikan dari separuh terjunan sebelum ini menuju ke paras 1.06000 yang diteruskan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Pergerakan harga yang kembali berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat awal untuk perubahan trend yang boleh berlaku.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan melepasi paras 1.06000, harga dilihat akan menuju pula ke 1.07000 untuk menguji zon rintangan yang masih belum ditembusi untuk beberapa minggu ini.

Namun jika harga mula menjunam semula di bawah paras sokongan MA50, penurunan bakal diteruskan dengan sasaran menuju zon support 1.05000.

Harga juga akan catatkan paras terendah terbaru 14 minggu dengan meneruskan pergerakan trend bearish.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat