USD Masih Belum ‘Move On’ Dengan Fed, Euro Terus Berduka

580

US dolar terus mendaki lebih tinggi pada sesi Eropah selepas didorong oleh unjuran terbaru daripada Federal Reserve (Fed) yang menunjukkan kemungkinan mengenai kadar faedah lebih cepat dari dijangkakan.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain diniagakan meningkat pada 91.63.

Bank pusat AS telah mengejutkan pasaran dengan memberi isyarat dua kenaikan kadar pada tahun 2023 dan permulaan perbincangan mengenai pengurangan dalam pembelian bon pada mesyuarat akan datang.

Fed juga meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan dan pekerjaan di Amerika Syarikat, selain turut mengehadkan kenaikan inflasi hingga tahun 2021.

Sementara itu, matawang euro menyusut lebih rendah di bawah harga 1.2000 berikutan pengukuhan US dolar, dengan tumpuan pelabur terarah kepada bacaan akhir data inflasi Zon Eropah untuk bulan Mei.

Matawang pound juga menjunam di bawah paras 1.4000 berbanding US dolar, selain turut terkesan dengan kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang semakin meningkat di Britain berikutan penularan varian Delta yang sukar dibendung.

Di sisi lain, matawang Asia gagal mempertahankan kenaikan yang dicatatkan pada sesi Asia, dengan hampir memadamkan keuntungan yang diraih susulan bacaan data ekonomi yang positif.

Dolar kiwi sebelum ini meningkat setelah disokong oleh data pertumbuhan ekonomi New Zealand yang menunjukkan pertumbuhan 3 kali ganda daripada jangkaan, sekali gus menyelamatkan negara itu dari lembah kemelesetan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat