USD Mendatar Di Awal Minggu, Ahli Fed Waspada Menilai Situasi Inflasi

158
  • USD sekadar mendatar di awal minggu
  • Ahli Fed dalam nada berhati-hati menilai inflasi AS
  • Berbanding Fed, bank pusat utama lain sedang bersedia potong kadar faedah

US dolar bergerak stabil pada dagangan pembukaan awal minggu semalam, tidak meneruskan corak penyusutan pada minggu lalu.

Raja mata wang itu didagangkan perlahan ketika pelabur menantikan petunjuk-petunjuk seterusnya berkenaan hala tuju kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dengan memerhati kenyataan-kenyataan dari ahli Fed terbaru.

Walaupun inflasi menunjukkan penurunan pada bacaan terbaru minggu lepas, namun pegawai Fed belum bersedia untuk mengatakan inflasi sedang menuju sasaran 2% bank pusat.

Menurut Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic semalam mengatakan bahawa Fed akan mengambil masa untuk betul-betul yakin bahawa inflasi sedang berada pada landasan menuju sasaran.

Begitu juga ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Fed Philip Jefferson yang melihat masih awal untuk menilai penurunan inflasi yang berlaku.

Berbeza berbanding Fed yang dilihat masih berbelah bagi, bank pusat lain seperti European Central Bank (ECB) dan Bank of England (BOE) mula membuat persediaan untuk beralih ke arah pelonggaran dasar.

Isyarat yang diperolehi mencetuskan kemungkinan BOE bakal melaksanakan langkah pemotongan kadar faedah pada musim panas.

Sementara penggubal dasar ECB memaklumkan kemungkinan pemotongan kadar faedah akan bermula pada Jun.

Tumpuan dagangan hari ini (Selasa) akan terarah kepada data inflasi Kanada yang akan mempengaruhi keputusan dasar monetari Bank of Canada (BOC) selain akan memberi kesan pergerakan mata wang Loonie.

Mencuri tumpuan pada dagangan awal minggu semalam adalah emas yang telah berjaya memecah rekod harga tertinggi terbaru sepanjang masa.

Rekod all-time high terbaru adalah pada $2,450 namun harga dilihat susut semula ke sekitar $2,407.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat