USD Papar Penurunan – Adakah Ini Satu Permulaan?

1,035

Memasuki sesi Eropah, dagangan US dolar mula memaparkan penyusutan berbanding matawang utama menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini.

Walau bagaimanapun, disebabkan pengukuhan yang diraih daripada kejatuhan drastik dalam pasaran saham AS, matawang itu bakal merekodkan kenaikan terbesar mingguannya dalam tempoh hampir empat bulan.

Pada Ogos, pertumbuhan pekerjaan di Amerika Syarikat diramalkan lebih perlahan memandangkan bantuan kerajaan telah ditamatkan dan Kongres AS juga masih buntu daripada mencapai kesepakatan dalam pakej rangsangan baru.

Pekerjaan AS diunjurkan meningkat sebanyak 1.37 juta daripada 1.76 juta yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, satu jangkaan yang menunjukkan pertumbuhan dalam pasaran buruh bakal bertumbuh pada kadar lebih perlahan.

Dalam pada itu, matawang euro didagangkan mendatar berikutan pelabur mengambil pendekatan untuk berhati-hati ketika US dolar mula mempamerkan sedikit penurunan.

Matawang pound yang mencatatkan kenaikan pada awal pembukaan sesi Eropah pula mula memperlihatkan penyusutan di tengah-tengah ketidakpastian mengenai Brexit yang terus membelenggu pasaran, di samping turut dipengaruhi oleh pengukuhan USD.

Bagi matawang antipodean pula, dolar Aussie dan kiwi sedikit meningkat setelah didagangkan merosot menyusuli kehilangan keyakinan pelabur dalam pasaran saham AS dan sekali gus turut menjejaskan pasaran di Asia.

Sementara itu, dolar Kanada didagangkan meningkat sementara tumpuan pasaran turut terarah kepada pengeluaran data pekerjaan Kanada yang juga diunjurkan mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat