USD Pertahan Pengukuhan, Matawang Pound Didagangkan Berwaspada

364

US dolar memperpanjangkan pengukuhan di sekitar paras tertinggi dua bulan berbanding euro dan safe-haven yen pada hari Khamis dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam esok.

Sentimen untuk dolar greenback meningkat minggu ini ketika kemajuan dalam vaksinanasi coronavirus dan gerakan oleh Presiden Joe Biden untuk melancarkan lebih banyak rangsangan fiskal telah meningkatkan prospek terhadap pertumbuhan ekonomi AS.

Optimisme pasaran ditunjukkan dengan peningkatan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun pada 1.139, sementara hasil bon 30 tahun pula meningkat ke tahap tertinggi sejak Mac 2020.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar menguat pada 91.09, susut sedikit dari kenaikan yang dicapai ketika sesi sebelum ini pada 91.27.

Selain itu, data pekerjaaan ADP dan perkhidmatan ISM yang meningkat dengan mendadak juga membantu pengukuhan US dolar.

Dengan laporan pekerjaan NFP AS yang bakal diterbitkan pada hari Jumaat, kedua-dua data tersebut memberi harapan kepada pasaran untuk melihat yang lebih baik dari dijangkakan dalam NFP.

Sementara itu, dolar kiwi terus didagangkan tinggi selepas data pekerjaan yang kuat telah memadamkan jangkaan bahawa Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan menurunkan kadar faedah kepada negatif.

Selain itu, matawang pound diniagakan berhati-hati menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) pada malam ini yang dijangka akan kekalkan kadar faedah di paras terendah 0.10%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat