USD Semakin Hilang Pengaruh

1,159

Penganalisis berpendapat bahawa Dolar berpotensi kehilangan statusnya sebagai mata wang rizab dunia – perkara yang dianggap sebagai mustahil sebelum ini.

Melalui data yang diterbitkan oleh Bank of Russia, negara itu sekarang menggunakan lebih banyak matawang Euro daripada Dolar AS untuk aktiviti eksportnya ke China, dengan barang yang dibeli dalam euro meningkat dari 0.3% pada awal tahun 2014 (dan hanya 1.3% pada yang kedua suku tahun 2018) kepada hampir 51% pada akhir Q1 tahun ini.

Untuk pengetahuan, matawang Euro adalah pesaing terkuat Dolar, merangkumi peratusan rizab matawang global terbesar kedua dunia – 20% daripada pegangan bank pusat berbanding sekitar 60% untuk Dolar, menurut IMF.

Ditambah pula usaha baru-baru ini oleh pembuat dasar Kesatuan Eropah untuk memberikan pakej rangsangan fiskal yang lebih luas dan melepaskan bon pan-Eropah dan usaha oleh Rusia dan China untuk meningkatkan penggunaan Euro dapat menjadikan mata wang kesatuan tersebut sebagai pencabar utama dolar yang perlu diberi perhatian.

Jika dilihat kepada perkembangan matawang Euro, kebanyakan pelabur lebih cenderung menjangkakan kenaikan Euro berbanding Dolar bakal membuat ketinggian lebih tinggi, menurut data CFTC.

Sentimen ini semakin meningkat dikalangan pelabur termasuk pengurus dana, Ray Dalio, seorang billionaire yang secara terbuka meluahkan kebimbangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini mengenai reaksi tindak balas AS yang kurang baik terhadap wabak koronavirus – menyebabkan dolar semakin lemah.

Ahli strategi matawang di Goldman Sachs telah mendakwa kelonjakan nilai emas masa kini sebagai bukti bahawa A.S. akan lebih “merendahkan” nilai matawangnya dan mewujudkan kebimbangan sebenar mengenai status Dolar A.S. sebagai mata wang rizab.

Berbanding menyimpan dalam Dolar, kebanyakan bank pusat kini telah meningkatkan pembelian emas, terutamanya di China, Rusia, India dan Turki dalam beberapa tahun kebelakangan ini sejak 2018 dan 2019 yang membuat rekod tertinggi pembelian.

Kesimpulannya usaha berterusan oleh Rusia dan China untuk mengurangkan kebergantungan Dolar AS  ini semakin menunjukkan hasil dibantu pula dengan perkembangan  isu pandemik koronavirus, penyatuan zon euro, dan masalah dalaman Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat