USD Semakin ‘Liar’ Menjelang Data Inflasi AS

759

Melangkah masuk ke sesi Eropah, mata wang euro masih lagi gagal mendapatkan keuntungan di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Euro susut lebih rendah di bawah harga 1.0600 berbanding USD setelah pelabur kecewa dengan pengumuman Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Julai berbanding jangkaan pasaran untuk meningkat 50 mata asas.

Dengan kehangatan inflasi di Zon Eropah yang mencecah 8.1% pada bulan Mei, pasaran mengharapkan tindakan daripada ECB lebih besar untuk mengekangnya.

Penggubal dasar ECB, Francois Villeroy de Galhau memberitahu bahawa bank pusat itu akan meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansur sehingga mereka mencapai kadar neutral, iaitu antara 1% dan 2%.

Sementara itu, dolar greenback terus mengukuh dengan mendaki lebih tinggi berbanding pesaing utamanya, walaupun harga pengguna di AS dijangkakan semakin mereda pada bulan Mei.

Hal ini kerana, keputusan polisi Federal Reserve (Fed) untuk dua mesyuarat akan datang tidak akan terkesan daripada bacaan data inflasi yang bakal diterbitkan.

Mata wang pound turut diheret rendah susulan pengukuhan US dolar, menafikan pelan ekonomi terbaharu yang didedahkan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk menangani krisis kos sara hidup yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat