USD Semakin Resah Menunggu Keputusan Mesyuarat Dasar Fed!

505

US dolar terus diniagakan suram pada sesi Asia selepas menyusut rendah pada sesi sebelum ini, ketika pasaran berhati-hati menantikan keputusan daripada mesyuarat polisi FOMC yang akan diumumkan pada awal pagi Khamis nanti.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan lebih rendah di sekitar harga 92.47 pada pembukaan sesi Asia hari ini.

Pasaran Wall Street turut mempamerkan prestasi menyuramkan menjelang pengumuman dasar Fed, tetapi indeks saham terus meningkat dalam perdagangan niaga hadapan di tengah laporan pendapatan yang kukuh.

Hasil bon perbendaharaan AS juga merosot lebih rendah, mencerminkan sentimen berhati-hati yang menguasai pasaran.

Pada sesi New York, pasaran telah diperlihatkan dengan bacaan data AS yang bercampur-campur. Data pesanan barang tahan lama meningkat 0.8% pada bulan Jun, jauh lebih buruk daripada dijangkakan untuk kenaikan 2.1%.

Sebaliknya, data keyakinan pengguna AS dilaporkan meningkat lebih tinggi dari jangkaan dengan kenaikan 129.1 berbanding 123.9 yang dijangkakan.

Kelemahan hasil bon dan bacaan data yang kurang memberangsangkan ini telah menyebabkan dagangan US dolar susut lebih rendah.

Ekoran daripada dagangan USD yang lemah, ini telah memberi manfaat kepada matawang euro untuk melonjak lebih tinggi dengan didagangkan pada harga 1.18100 pada sesi Asia.

Sementara matawang pound juga turut meningkat tinggi ketika kes jangkitan coronavirus di UK terus menunjukkan penurunan untuk hari ketujuh berturut-turut, selain turut menyambut baik laporan mengenai Kesatuan Eropah (EU) yang menangguhkan tindakan undang-undang ke atas UK.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat