USD Sudah Berundur! Sentimen Kembali Pulih?

678

Greenback terus mengukuh walaupun dilihat sedikit berundur dari paras ketinggian satu bulan yang dicapainya pada sesi sebelum ini.

September secara tradisinya merupakan bulan yang menyuramkan buat pasaran saham dan ini telah menambah kekuatan buat US dolar untuk mengekalkan pengukuhan berbanding pesaing utamanya.

Indeks saham Dow Jones susut lebih 900 mata dalam sehari, sementara S&P 500 pula mengalami kejatuhan terburuk sejak Mei, iaitu sebanyak 1.7%. Isu terbaru dari Evergrande, syarikat hartanah kedua terbesar China pula memburukkan lagi situasi pasaran dan turut mempengaruhi matawang sensitif risiko.

Pada sesi Asia, indeks dolar didagangkan sedikit berubah pada 93.23 berbanding sekumpulan matawang utama lain.

Sentimen berisiko ini juga telah memberi peluang kepada matawang safe-haven yen dan swiss franc untuk mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan meningkat lebih tinggi.

Kebanyakan matawang utama pula telah mulai pulih dari kejatuhan yang dicatatkan pada sesi dagangan Isnin, dengan kembali didagangkan stabil pada sesi Asia hari ini.

Euro bertahan di atas harga 1.1700 setelah diperlihatkan oleh bacaan inflasi yang lebih kuat di Jerman. Matawang itu menyentuh paras terendah hampir satu bulan pada 1.1690 pada sesi sebelumnya.

Matawang pound adalah antara yang paling berprestasi buruk ketika tiada perubahan yang diharapkan dari mesyuarat polisi Bank of England (BOE) minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat