USD Tak Berani Ke Mana-mana, Data KDNK AS Jadi Sasaran!

638

Pelabur berhati-hati menjelang terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, memperlihatkan US dolar diperdagangkan sedikit berubah pada pembukaan sesi Eropah.

Bacaan awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjurkan berkembang sebanyak 2% pada suku pertama, berbanding 2.6% yang disemak semula pada suku sebelumnya.

Terbitan data ini boleh menjadi penunjuk arah buat dagangan US dolar seterusnya menjelang mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung minggu depan.

Selain itu, tumpuan pelabur juga akan disasarkan kepada data tuntutan pengangguran AS yang dijangka menunjukkan peningkatan pada minggu lalu.

Beralih ke pergerakan mata wang lebih luas, euro terus didagangkan lebih kukuh pada sekitar paras ketinggian satu tahun yang dicapainya pada sesi terdahulu.

Mata wang pound pula diniagakan hampir tidak berubah berbanding greenback dengan berlegar pada paras tertinggi 2 minggu.

Dalam pada itu, mata wang antipodean dolar Aussie dan New Zealand dilihat kembali bangkit daripada paras terendah satu bulan.

Pun begitu, kenaikan yang dicatatkan dolar Aussie agak terbatas memandangkan ia masih terkesan dengan data inflasi Australia yang menurun pada suku pertama.

Yen pula sedikit susut dengan pelabur lebih berwaspada menjelang mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) yang akan berlangsung pada hari Jumaat (esok).

Dolar Kanada pula kekal didagangkan lebih rendah, menyusuli penyusutan yang dicatatkan dalam dagangan minyak mentah.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat