USD Tak Berdaya, Pelabur Nantikan Data Penting Ini!

659

US dolar cuba untuk mengukuh semula pada sesi Eropah ketika pasaran kini mengalihkan tumpuan kepada terbitan data pekerjaan ADP dan PMI pembuatan Amerika Syarikat.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar didagangkan susut pada sekitar harga 104.20.

Terdahulu, raja mata wang itu susut rendah selepas terkesan oleh kenyataan berbaur dovish daripada penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Philip Jefferson dan Patrick Harker menyokong tindakan untuk menghentikan sementara kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisinya yang akan datang.

Pun begitu, pelabur perlu melihat data-data ekonomi yang akan diterbitkan terlebih dahulu, terutamanya laporan pekerjaan dan inflasi.

Sebagai petunjuk kepada data NFP esok hari, pelabur akan meneliti laporan ADP dan tuntutan pengangguran yang akan dikeluarkan pada sesi New York nanti.

Sementara itu pada sesi Eropah, pelabur telah diperlihatkan dengan penurunan dalam inflasi Zon Eropah kepada 6.1% daripada 7.0% pada bulan Mei.

Walau bagaimanapun, euro tidak memberi reaksi ketara susulan laporan tersebut sebaliknya berusaha untuk bangkit semula dari paras terendah dua bulannya.

Mata wang pound pula sedikit berubah dengan harga dilihat masih mengekalkan keuntungan terdahulu yang diraih pada hari Rabu.

Sementara itu, dolar Aussie dan kiwi kekal didagangkan lebih rendah, gagal memanfaatkan berita baik mengenai rang undang-undang siling hutang yang telah diluluskan oleh Dewan AS.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat