USD Tak Kuat Nak Naik, Data Inflasi Pengeluar AS Pula Jadi Tumpuan!

352

US dolar bergelut untuk bangkit semula daripada kejatuhan yang dicatatkan selepas menyaksikan bacaan data inflasi Amerika Syarikat pada bulan Julai.

Indeks harga pengguna (CPI) AS tanpa dijangka meningkat lebih perlahan daripada dijangkakan dengan peningkatan 8.5% tahun ke tahun pada bulan lalu, meleset daripada ramalan pasaran untuk kenaikan 8.7%.

Bacaan yang diterbitkan itu juga menurun daripada peningkatan 9.1% yang dicatatkan pada bulan Jun.

Ini menyebabkan US dolar menyusut rendah setelah pelabur mengurangkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) daripada 75 mata asas kepada 50 mata asas.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan susut pada 105.00 pada sesi Eropah.

Menjadi tumpuan baharu buat pelabur kini terarah kepada pengeluaran data indeks harga pengeluar (PPI) AS pada sesi New York hari ini yang dijangkakan turut mencatat peningkatan lebih perlahan pada bulan lepas.

Antara mata wang yang mendapat manfaat daripada kemerosotan tersebut, adalah euro yang telah melonjak ke paras tertinggi 5 minggu berbanding US dolar.

Sementara itu, mata wang pound juga meningkat tinggi ketika pelabur menantikan penerbitan data pertumbuhan ekonomi UK untuk bulan Julai dan suku kedua pada hari Jumaat.

Di sisi lain, mata wang komoditi dolar Aussie, Kanada dan New Zealand terus maju lebih tinggi susulan penyusutan US dolar.

Dalam pada itu, dagangan yen turut meningkat ketara tetapi pergerakannya agak terbatas ekoran hasil bon AS 10 tahun yang kembali stabil selepas menyusut rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat