USD ‘Tak Sihat’ Pada Minggu Terakhir 2023!

586

US dolar memulakan dagangan pada pembukaan awal minggu ini dengan prestasi hambar setelah data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada penghujung minggu lalu catat bacaan kurang memberangsangkan.

Bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi AS suku ketiga nampaknya dikemaskini menurun daripada 5.2% kepada 4.9%.

Manakala komponen inflasi yang diteliti bank pusat iaitu indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna AS lebih rendah berbanding ramalan 0.2% iaitu 0.1%.

US dolar bergerak lemah menyambung dagangan minggu ini ke paras terendah 5 bulan apabila penganalisis melihat kecenderungan jangkaan pasaran yang kembali beralih kepada pelonggaran dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) untuk tahun 2024.

Pun begitu, penganalisis menasihatkan para pelabur untuk berhati-hati dengan risiko pergerakan harga yang tak menentu minggu ini yang menjadi minggu terakhir penutup bagi dagangan tahun 2023.

Indeks dolar (DXY) jatuh mencecah 101.45 mata manakala hasil perbendaharaan 10-tahun AS berlegar perlahan di sekitar paras 3.90%.

Pergerakan harga boleh jadi perlahan dan mendatar, namun tidak terkejut jika berlaku pergerakan volatile berikutan faktor kecairan yang rendah pada kebiasaan dagangan penghujung tahun dengan kebanyakan pemain pasaran memilih untuk tidak berada di dalam pasaran pada tempoh waktu tersebut.

Data-data ekonomi juga kurang diterbitkan dan kebanyakan bank-bank ditutup, mendorong pergerakan suram pada kebanyakan mata wang utama.

Mata wang utama masih mempunyai ruang untuk meningkat perlahan ketika pergerakan US dolar yang dijangka kekal melemah minggu ini.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak dilihat mendatar pada awal minggu selepas pamerkan pemulihan harga minggu lalu.

Sementara, dagangan emas cemerlang pada pembukaan awal minggu semalam dengan lonjakan harga mencapai $2,070 sebelum dilihat berundur semula menghampiri zon $2,050.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat