USD Tersungkur Di Sesi Eropah – Apa Yang Terjadi?

539

Dolar greenback kembali memaparkan penurunan di sesi Eropah, sementara dagangan matawang utama diikuti dengan pasaran saham Eropah yang dibuka tinggi setelah diangkat oleh laporan positif mengenai rawatan Covid-19.

Food and Drug Administration (FDA) dan pentadbiran Trump dilaporkan telah meluluskan permohonan kecemasan penggunaan plasma secara meluas sebagai rawatan kepada jangkitan coronavirus di Amerika Syarikat.

Hal ini telah mendorong pengukuhan bagi pasaran saham Asia dan menyokong ekuiti Eropah untuk dibuka lebih tinggi pada pembukaan dagangan awal minggu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan menyusut 0.12% pada 93.09.
Dolar kiwi bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang kenaikan ini setelah ditekan oleh ancaman wabak Covid-19 yang memaksa sekatan di Auckland dilanjutkan untuk satu minggu lagi.

Sementara itu, dolar Aussie diniagakan dengan peningkatan sederhana setelah dijejaskan oleh kenyataan perbendaharaan negara itu yang menyatakan kadar pengangguran boleh meningkat sehingga lebih 13%.

Dalam pada itu, walaupun dengan ketegangan yang semakin meruncing, Amerika Syarikat dilaporkan akan membenarkan syarikat Amerika untuk terus berurusan dengan WeChat. Namun begitu, kebenaran ini tidak melambangkan negara itu ingin berbaik dengan Beijing, lebih-lebih lagi setelah Presiden Donald Trump memberitahu bahawa Washington tidak akan membuat perniagaan dengan China.

Di Eropah pula, euro diniagakan sedikit meningkat berbanding US dolar namun dagangan matawang masih dipengaruhi oleh data ekonomi di Zon Eropah yang kurang memberangsangkan.

Selain itu, matawang pound pula terus ditekan oleh ketidakpastian mengenai sama ada perjanjian perdagangan Brexit antara EU dan UK boleh dicapai menjelang tarikh akhir tempoh peralihan akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat