USD Terus Kecundang, Ini Tumpuan Pelabur Seterusnya!

307

US dolar tergelincir lebih jauh pada awal dagangan Khamis dengan diniagakan pada paras terlemah 8 bulan berbanding kebanyakan mata wang utama.

Pasaran kini lebih berhati-hati menjelang mesyuarat bank pusat pada minggu depan, termasuk Federal Reserve (Fed) dan Bank Pusat Eropah (ECB).

Namun, sebelum itu pelabur akan diperlihatkan terlebih dahulu dengan terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat untuk suku keempat pada sesi New York hari ini, dan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) pada Jumaat.

Dolar Aussie terus menakluki pasaran dengan mengukuh pada paras tertinggi 5 bulan berbanding US dolar, masih disokong oleh bacaan inflasi yang lebih kukuh daripada dijangkakan pada suku keempat.

Dolar kiwi pula mendatar memandangkan pasaran masih lagi menilai perubahan yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri New Zealand baharu Chris Hipkins selepas menggantikan Jacinda Ardern.

Meneliti pergerakan mata wang Eropah, euro diperdagangkan lebih kukuh di puncak tertinggi 9 bulan berbanding US dolar di tengah-tengah jangkaan bahawa ECB akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Berbeza dengan ECB, Fed pula dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, turun daripada kenaikan 50 mata asas pada bulan Disember.

Sementara itu, mata wang pound juga diniagakan lebih tinggi selepas melalui sesi dagangan yang bergelora ekoran data menunjukkan harga pengeluar UK secara tidak dijangka menurun pada bulan lepas.

Ini secara tidak langsung menandakan bahawa tekanan inflasi di negara itu semakin berkurangan menjelang mesyuarat Bank of England (BOE) minggu depan.

Dalam pada itu, sesi New York terdahulu pelabur telah menyaksikan Bank of Canada (BOC) meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 4.50% dan memberi petunjuk untuk menghentikan sementara (pause) untuk mengukur kesan dasarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat